Wednesday, July 22, 2009

Panduan Khusyuk Solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hye sume.. :) kali ni beta nk share panduan2 utk khusyuk dlm ibadah kte seharian..kdg2 kte pn t'pk knp kte ssh sgt nk khusyuk dlm solat kte kn..mb ade something yg m'ggu fikiran kte..or ade something yg xkne la 2..btul x..? :)beta xnk ckp byk la,so slmt membaca..hehe..

1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran

2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

Sekian sahaja untuk kali ini.. :) beta ade 1 cerita ttg khusyuk dlm solat ni..nant len ms beta post cerita yg beta mksdkn 2 ey..salam.

Saturday, July 18, 2009

kata2 smgt

hari ni lak beta nk share kata2 smgt yg snanyer beta curik jer dr blog kwn2..huhu..tp mmg best..
klu nk ikut kata2 kt bwh ni,lbh beta tujukn kpd diri beta sniri..memandangkn diri beta ni msih terlalu byk wt silap..hmm..tp xslah kn klu nk share ngn kamu sume..

Antaranya...

To love someone is nothing,
to beloved by someone is something,
to beloved by someone we loved is exciting
but, to beloved by Allah is everything...
Allah loves us.

Teman yg solehah malunya pd kurangnya amalan,
Beraninya pada kebenaran,
Cintanya berlandaskan keimanan,
Rindunya pada janji2 tuhan,
Dihatinya tetap tertanam taqwa dan kebenaran...

Indahnya ukhuwah ini,
Di kala lupa ada yg menasihati,
Dikala tersilap ada yg mengingati,
Jasad dan hatinya menemani,
Dikubur nanti diharap,
Doanya mengiringi.

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih,
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang,
Bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaan Allah...

Buatmu mujahidah solehah
Dengan kecantikanmu kau lebih elok dari matahari,
Dengan akhlakmu kau lebih wangi dari haruman,
Dengan rendah hatimu kau lebih tinggi dari bulan,
Dengan kelembutanmu kau lebih halus dari rintik hujan,
Maka pertahankanlah keindahan ini,
Agar kau terus menjadi sayap kiri perjuangan Islam,
Penegak kalimah Allah di muka bumi

Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis kerana mengenang dosa2 semalam.
Jika mereka cintakan kemanusiaan,
Biarlah kita cintakan tuhan,
Jika mereka mendambakan duniawi,
Kita pula dambakan ukhrawi.
Cintailah DIA

Bila kita fikir pasal duniawi, memenglah kita seronok tapi memeningkan,
Bila kita fikir pasal ukhrawi memanglah membosankan tapi menenangkan.

Jadilah ubi yang sentiasa tertutup rapat,
Berbanding kek yang penuh krim,
Tapi dihurungi lalat.

Sempadan antara orang ISLAM dan KAFIR ialah S.O.L.A.T.

Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkanlah mawar itu terpaksa dilukai oleh onak duri untuk merasai haruman kasih Allah.

I.S.L.A.M itu mudah tapi jangan dipermudahkan.

Kita bukan orang yang merintih pada keadaan
Bukan juga orang yang lari dari cabaran,
Tapi kita perlu fikirkan bagaimana cara nak islamisasikan keadaan
dan menempuh cabaran dengan keimanan.

Bila diri mencintai Illahi
Bergabunglah jiwa bersatulah hati
Dua jiwa satu cinta, Dua jasad satu matlamat,
Bila cinta kerana Allah, berpisahnya tidak gelisah
Bila rindunya kerana yg Satu bertemunya pasti x jemu
Ukhuwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah....

Oleh kerana aku terlalu mengejar amar makruf nahi mungkar,
aku kehilangan kawan.
Biar hilang kawan kerana perjuangan,
Jangan hilng teman seperjuangan.


semoga kamu semua terhibur dengan kata2 ni...
n yg penting kte dpt secebis kesedaran dr ayat2 ni.. :)

Friday, July 17, 2009

Waktu terpilih berdoa

antara saat dan ketika atau waktu yg dituntut serta berkat dan makbul untuk berdoa ialah:

1.sepertiga malam atau penghujung malam hari, seperti selepas solat Tahajud.

2.antara waktu azan dan iqamat. Sabda Baginda s.a.w.:

"Doa yg dipohonkan tidak ditolak antara waktu azan dan iqamat."(Abu daud,Al-Tirmizi dan Ahmad)

3.setiap kali selepas menunaikan solat fardhu

4.sewaktu sedang sujud

5.Hari Jumaat

6.Pada bulan Ramadhan

7.Pada malam Lailatul Qadar

8.Ketika azan atau diseru untuk menunaikan solat

9.ketika turunnya hujan

Coretan untuk Adam

Dari warkah hawa untuk adam
.......

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa akan terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Allah. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kauumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......................................

Monday, May 11, 2009

RESEPI CINTA IBNU ATHAILLAH

dr kitab AL-HIKAM,

la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!

ertinya: tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!

perkataan ibnu athaillah ni,beta dapat dari sebuah novel yang beta baca.tajuknya, ketika cinta bertasbih (dwilogi pembangun jiwa) episod 1.penulisnya, habiburrahman el shirazy (novelis, sarjana Al-Azhar Universiti Cairo, penulis adikarya fenomenal ayat-ayat cinta)

lagi kata-kata yang beta dapat dari novel 2 yang baik untuk dikongsikn d cni,

hampir semua orang yang bercinta merasakan syahwat.Dan perasaan seperti itu tidak akan boleh kita keluarkan, kita usir dari hati kecuali jika kita memiliki dua hal.

1. "pertama,rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.

2. kedua,rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain."

"kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. mencintai makhluk itu sgt berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dgn makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kpd Allah yg tidak. Jika kau mencintai seseorg ade 2 kemungkinn diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akn pernah berpisah dgnnya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkn adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla."

sama-sama buat renunagn kwn2 n diri beta sendiri..

Saturday, May 9, 2009

music n me++

my name is ++ d cni beta mau gne nme pink ranger..utk yg da knal tau la beta spe..hehee..antara beta ngn music cm ade chemistry antara kami..sbb beta sgt ske nyanyi even sore beta ni xdela s'sdap siti nurhaliza an..tp xpe..beta senang luahkn prsaan beta ikut lagu..ble beta sdey beta nyanyi lgu yg sme2 sdey ngn beta..xksh la malay ke,korea ke,bi ke..nasyid ke..beta ske dgr nasyid gak..ble beta happy,beta nyanyi lgu yg happy2..hehe..ble beta xde smgt,1 1nye lagu smgt beta,standing in the eyes..ble dgr je lgu 2,beta rs smgt beta kembali pulih..hehe..ble beta serabut,beta kne dgr music je tanpa lagu..cnth,music kt dlm sand fantasy..beta rs cm dok kt tepi pantai pulak..hehehehe..