Saturday, July 18, 2009

kata2 smgt

hari ni lak beta nk share kata2 smgt yg snanyer beta curik jer dr blog kwn2..huhu..tp mmg best..
klu nk ikut kata2 kt bwh ni,lbh beta tujukn kpd diri beta sniri..memandangkn diri beta ni msih terlalu byk wt silap..hmm..tp xslah kn klu nk share ngn kamu sume..

Antaranya...

To love someone is nothing,
to beloved by someone is something,
to beloved by someone we loved is exciting
but, to beloved by Allah is everything...
Allah loves us.

Teman yg solehah malunya pd kurangnya amalan,
Beraninya pada kebenaran,
Cintanya berlandaskan keimanan,
Rindunya pada janji2 tuhan,
Dihatinya tetap tertanam taqwa dan kebenaran...

Indahnya ukhuwah ini,
Di kala lupa ada yg menasihati,
Dikala tersilap ada yg mengingati,
Jasad dan hatinya menemani,
Dikubur nanti diharap,
Doanya mengiringi.

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih,
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang,
Bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaan Allah...

Buatmu mujahidah solehah
Dengan kecantikanmu kau lebih elok dari matahari,
Dengan akhlakmu kau lebih wangi dari haruman,
Dengan rendah hatimu kau lebih tinggi dari bulan,
Dengan kelembutanmu kau lebih halus dari rintik hujan,
Maka pertahankanlah keindahan ini,
Agar kau terus menjadi sayap kiri perjuangan Islam,
Penegak kalimah Allah di muka bumi

Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis kerana mengenang dosa2 semalam.
Jika mereka cintakan kemanusiaan,
Biarlah kita cintakan tuhan,
Jika mereka mendambakan duniawi,
Kita pula dambakan ukhrawi.
Cintailah DIA

Bila kita fikir pasal duniawi, memenglah kita seronok tapi memeningkan,
Bila kita fikir pasal ukhrawi memanglah membosankan tapi menenangkan.

Jadilah ubi yang sentiasa tertutup rapat,
Berbanding kek yang penuh krim,
Tapi dihurungi lalat.

Sempadan antara orang ISLAM dan KAFIR ialah S.O.L.A.T.

Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkanlah mawar itu terpaksa dilukai oleh onak duri untuk merasai haruman kasih Allah.

I.S.L.A.M itu mudah tapi jangan dipermudahkan.

Kita bukan orang yang merintih pada keadaan
Bukan juga orang yang lari dari cabaran,
Tapi kita perlu fikirkan bagaimana cara nak islamisasikan keadaan
dan menempuh cabaran dengan keimanan.

Bila diri mencintai Illahi
Bergabunglah jiwa bersatulah hati
Dua jiwa satu cinta, Dua jasad satu matlamat,
Bila cinta kerana Allah, berpisahnya tidak gelisah
Bila rindunya kerana yg Satu bertemunya pasti x jemu
Ukhuwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah....

Oleh kerana aku terlalu mengejar amar makruf nahi mungkar,
aku kehilangan kawan.
Biar hilang kawan kerana perjuangan,
Jangan hilng teman seperjuangan.


semoga kamu semua terhibur dengan kata2 ni...
n yg penting kte dpt secebis kesedaran dr ayat2 ni.. :)

No comments:

Post a Comment