Monday, May 11, 2009

RESEPI CINTA IBNU ATHAILLAH

dr kitab AL-HIKAM,

la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!

ertinya: tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!

perkataan ibnu athaillah ni,beta dapat dari sebuah novel yang beta baca.tajuknya, ketika cinta bertasbih (dwilogi pembangun jiwa) episod 1.penulisnya, habiburrahman el shirazy (novelis, sarjana Al-Azhar Universiti Cairo, penulis adikarya fenomenal ayat-ayat cinta)

lagi kata-kata yang beta dapat dari novel 2 yang baik untuk dikongsikn d cni,

hampir semua orang yang bercinta merasakan syahwat.Dan perasaan seperti itu tidak akan boleh kita keluarkan, kita usir dari hati kecuali jika kita memiliki dua hal.

1. "pertama,rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.

2. kedua,rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain."

"kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. mencintai makhluk itu sgt berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dgn makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kpd Allah yg tidak. Jika kau mencintai seseorg ade 2 kemungkinn diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akn pernah berpisah dgnnya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkn adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla."

sama-sama buat renunagn kwn2 n diri beta sendiri..

No comments:

Post a Comment